Piala Dunia: Malaysia bangkit kalahkan Chile

Piala Dunia: Malaysia bangkit kalahkan Chile

ROURKELA 16 JANUARI 2023 - Para pemain Malaysia meraikan gol jaringan Pemain Malaysia, Muhammad Razie Abd Rahim ketika menentang Chile pada Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar - Rourkela, India di Stadium Hoki Antarabangsa Birsa Munda di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ZUHAILY KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA – Malaysia terpaksa bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk menewaskan Chile 3-2 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan pada aksi kedua Kumpulan C di Stadium Hoki Birsa Munda sebentar tadi.

Chile membuka tirai jaringan menerusi Juan Amoroso pada minit ke-20 sebelum Muhammad Razie Rahim mengikat kedudukan buat Malaysia enam minit kemudian.

Martin Rodriguez kembali meletakkan Los Diablos di hadapan tiga minit kemudian sebelum Malaysia sekali lagi menyamakan kedudukan melalui Ashran Hamsani pada minit ke-41.

Penyerang lincah, Norsyafiq Sumantri muncul wira apabila meledak gol kemenangan Malaysia pada minit ke-42 selepas gol ketiga Chile dibatalkan pengadil ketika permainan berbaki tujuh minit lagi sebelum tamat.

ROURKELA 16 JANUARI 2023 – Pemain Malaysia, Norsyafiq Sumantri (kiri) melakukan pukulan ke arah gawang gol Chile pada Kejohanan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) Odisha Hoki Piala Dunia Lelaki 2023 Bhubaneswar – Rourkela, India di Stadium Hoki Antarabangsa Birsa Munda di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: ZUHAILY KOSMO

Kemenangan dramatik itu kini meletakkan skuad negara sebelah kaki ke pusingan seterusnya walaupun berbaki satu lagi aksi terakhir Kumpulan C menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar pada Khamis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya