Piala Dunia: Giliran New Zealand mangsa Malaysia

Piala Dunia: Giliran New Zealand mangsa Malaysia

Pemain Malaysia, Faizal Saari (tengah) meraikan gol jaringannya ketika menentang New Zealand pada Hoki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar - Rourkela, India di Stadium Hoki Kalinga di sini, hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Malaysia membuktikan kehebatan sebenar apabila menjinakkan pasukan ranking kesembilan dunia, New Zealand 3-2 pada aksi Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga sebentar tadi.

Kejayaan itu mengesahkan status skuad hoki negara sebagai naib juara Kumpulan C dan mara ke peringkat cross over menentang pasukan ketiga Kumpulan D sama ada India, England atau Sepanyol pada Ahad ini.

Malaysia yang menghuni ranking ke-11 dunia, meraih dua gol dalam perlawanan itu menerusi jaringan padang Faizal Saari (m-9) dan pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd. Rahim pada minit ke-43.

Bagaimanapun, The Black Sticks bangkit menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas dalam tempoh seminit menerusi Hayden Phillips dan Sam Lane pada minit ke-52 serta 53.

Faizal kemudiannya muncul wira buat skuad negara apabila meledak gol kemenangan ketika aksi berbaki tiga minit lagi sebelum tamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya