Piala Dunia: Arul pilih Shahmie ganti Shahril

Piala Dunia: Arul pilih Shahmie ganti Shahril

SHAHMIE Irfan Suhaimi (tiga kiri) ketika menjalani latihan bersama pasukan negara di Bhubaneswar, India hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR:  Penyerang muda berusia 20 tahun, Shahmie Irfan Suhaimi mendapat ‘durian runtuh’ apabila dipilih ketua jurulatih skuad hoki negara, A. Arul Selvaraj menggantikan tempat Muhammad Shahril Saabah.

Arul memilih Shahmie berbanding seorang lagi pemain simpanan, Tengku Nasrul Ikmal Tengku Abd. Rahim dalam barisan 18 negara untuk aksi terakhir Kumpulan C, hoki Piala Dunia 2023 menentang New Zealand di Stadium Kalinga petang esok.

Muhammad Shahril Saabah (kanan) yang terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menjalani latihan menjelang perlawanan bertemu New Zealand pada esok. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Khidmat Shahril, 28, terpaksa diketepikan selepas penyerang dengan 150 kaps antarabangsa itu mengalami kecederaan hamstring kaki kiri ketika menewaskan Chile 3-2 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela kelmarin.

“Saya sudah membuat keputusan dan memilih Shahmie menggantikan tempat Shahril yang mengalami kecederaan,” kata Arul selepas tamat sesi latihan di Stadium Kalinga sebentar tadi.

Ia bermakna Shahmie yang berasal dari Negeri Sembilan, bakal membuat debut antarabangsa dalam kariernya bersama skuad senior apabila turun menentang The Black Sticks petang esok.

Kemenangan ke atas New Zealand amat penting kerana ia boleh menjamin kedudukan kedua buat skuad negara dalam saingan Kumpulan C sebelum melangkah ke pusingan cross over pada Ahad ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya