Penganjur Jelajah Malaysia siap siaga elak kawasan banjir

Penganjur Jelajah Malaysia siap siaga elak kawasan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Penganjur Perlumbaan Berbasikal Jelajah Malaysia edisi ke 54 (JM54) sudah bersedia dengan segala kemungkinan bagi mengelak daripada terjejas dengan kawasan banjir.

Pengarah JM54, Jamaluddin Mahmood menjelaskan setakat ini pihaknya sudah pun merangka tarikh perlumbaan yang diramalkan berada di luar musim tengkujuh, namun seandainya hujan tetap lebat sehingga berlakunya banjir, laluan alternatif juga turut telah dirangka bagi memastikan perlumbaan dapat diteruskan.

“Kita sudah buat tinjauan, mungkin ada beberapa tempat yang terkesan (banjir). Bagaimanapun perlumbaan ini dibuat luar musim hujan dan 80 peratus selamat dari banjir.

“Sebenarnya kita sudah mempunyai pelan sokongan sekiranya perkara itu berlaku. Kita sudah ada laluan alternatif.

“Kita juga pernah berdepan situasi seperti ini semasa Le Tour De Langkawi 2010 yang mana kami sudah siapkan laluan alternatif. Jadi kami harap perlumbaan ini akan lancar tanpa sebarang musibah dan sebagainya,”katanya pada sidang media pengumuman laluan JM54.

Sebanyak lima peringkat ditawarkan untuk perlumbaan edisi kali ini dengan dan ia akan membuka tirai pada 26 Februari depan di Bandar Melaka dan bakal berakhir di Meru Raya, Perak pada 2 Mac 2023.

Setakat ini 120 pelumba profesional daripada 24 pasukan dari benua Asia, Eropah serta Oceania sudah pun mengesahkan penyertaaan untuk edisi kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya