Pemain, penyokong Harimau Malaya buat Pan Gon terpukau

Pemain, penyokong Harimau Malaya buat Pan Gon terpukau

PEMAIN Malaysia bergambar dengan berlatar belakangkan Ultras Malaya selepas menewaskan Singapura 4-1 dalam aksi Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kim Pan Gon terpukau dengan sokongan hebat yang diberikan lebih 65,000 penyokong Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi hingga mendorong Harimau Malaya menumpaskan Singapura 4-1, sekali gus melangkah ke separuh akhir Piala AFF.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu turut memuji persembahan pemainnya yang dianggap antara yang terbaik sejak beliau mengambil alih pasukan.

Kemenangan membolehkan Malaysia muncul naib juara Kumpulan B di belakang Vietnam untuk menempah pertemuan separuh akhir dengan Thailand selaku juara Kumpulan A.

Malaysia akan menerima kunjungan Thailand di Bukit Jalil, Sabtu ini sebelum terbang ke Bangkok untuk aksi timbal balik menentang juara enam kali itu pada Selasa depan.

ULTRAS Malaya mengangkat sepanduk dalam aksi Malaysia-Singapura di Bukit Jalil malam tadi. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Saya sudah nampak semua pemain ini mempunyai bakat dan mereka berjaya menyerlahkan potensi sebenar malam ini. Kita dapat melihat kesungguhan serta semangat mereka di atas padang.

“Saya rasa ini antara persembahan terbaik mereka sejak saya mengambil alih pasukan dan saya sudah menunggu saat ini kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh selama lima minggu lalu, berjauhan dari keluarga,” kata Pan Gon dalam sidang akhbar.

Pan Gon turut mengucapkan terima kasih kepada 65,147 penonton yang membanjiri stadium dan mengakui, kehadiran mereka membawa perbezaan kepada pasukan.

“Terima kasih banyak kepada semua penyokong yang hadir malam ini dan memberi semangat kepada kami, saya sangat bangga melihat sokongan yang diberikan oleh mereka.

“Saya sangat hargai sokongan mereka dan tahniah kepada pemain kerana menghiburkan mereka,” katanya.

STUART Wilkin (kiri) meraikan jaringannya bersama Dominic Tan. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

Dua jaringan Stuart Wilkin dan satu gol masing-masing menerusi Darren Lok serta Sergio Aguero memastikan tiga mata buat Harimau Malaya yang turun dengan misi wajib menang.

Bagi Stuart, sokongan padu penyokong mendorong dia dan rakan-rakan sepasukan bermain dengan amat bersemangat dan berjanji akan menampilkan permainan lebih baik di separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya