Peluang terakhir banggakan Malaysia

Peluang terakhir banggakan Malaysia

SELEPAS dikecewakan 6-3 oleh Afrika Selatan kelmarin, pasukan hoki negara turun dengan misi menebus maruah Malaysia apabila beraksi dalam perlawanan terakhir Piala Dunia 2023 menentang Jepun di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India hari ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Muhammad Firhan Ashari bertekad mahu mempamerkan prestasi yang mampu membanggakan negara dalam perlawanan terakhir hoki Piala Dunia menentang Jepun di Stadium Hoki Birsa Munda hari ini.

Aksi klasifikasi tempat ke-13 hingga 16 itu adalah peluang terakhir Speedy Tigers untuk menutup kempen kali ini dengan bermaruah selepas dimalukan Afrika Selatan 3-6 kelmarin.

Firhan, 29, mengakui mereka perlu segera kembali beraksi pada tahap sebenar meskipun menyedari ia bukan tugas mudah selepas apa yang berlaku ketika aksi menentang Afrika Selatan.

“Agak sukar untuk bangkit selepas tewas kepada Sepanyol dan sekarang kalah dengan cara yang tak memuaskan hati. Kami perlu perbaiki segala kelemahan yang ada dalam tempoh rehat sehari ini.

“Saya sendiri akan cuba ke­kalkan prestasi dan tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa kami masih ada semangat me­lawan. Kami perlu tunjukkan persembahan yang membanggakan untuk lupakan semua ini,” kata penyerang negara itu.

Muhammad Firhan Ashaari (kiri) bersaing dengan Jethro Eustice dari Afrika Selatan dalam aksi Piala Dunia 2023 di Stadium Birsa Munda, Rourkela, India kelmarin. 

Firhan juga tidak menafikan, kekalahan 3-4 kepada Sepanyol menerusi penalti shoot-out meninggalkan ‘parut’ yang mungkin menjejaskan prestasi mereka ketika menentang Afrika Selatan.

Lebih-lebih lagi apabila penye­rang dari Terengganu itu adalah pemain terakhir yang gagal menyempurnakan pe­nalti shoot-out sewaktu sudden-death menyebabkan Malaysia tewas kepada Sepanyol di cross­over minggu lalu.

“Secara peribadi memang ada kesan sebab kita dah selangkah sahaja lagi untuk ukir sejarah baharu tetapi ia tak berlaku. Saya cuba tolak tepi dan fokus yang terbaik untuk perlawanan seterusnya.

“Saya dah pernah lalui banyak kesakitan dan keperitan. Saya percaya saya boleh bangkit me­lawan. Kalau saya tak buat yang terbaik, ia tak adil untuk diri saya sendiri,” jelas Firhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya