Pearly-Thinaah jadi mangsa kejutan Terbuka Malaysia 2023

Pearly-Thinaah jadi mangsa pertama kejutan Terbuka Malaysia 2023

PEARLY TAN-M. THINAAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari pertama kejohanan Terbuka Malaysia membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil menyaksikan beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan dan M.Thinaah tewas mengejut kepada pasangan adik beradik Bulgari,Gabriela dan Stefani Stoeva di pusingan pertama sebentar tadi.

Atas kertas, Pearly dan Thinaah memiliki kelebihan apabila pernah menewaskan kedua pasangan beregu Bulgarian itu ketika Terbuka Switzerland tahun lalu, ditambah mereka kini berada di ranking No. 6 dunia.

Bagaimanapun semua kelebihan itu tidak berjaya membantu Pearly dan Thinaah yang bergelut sepanjang 31 minit untuk tewas dengan keputusan 19-21, 14-21.

Terdahulu, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing berjaya menampilkan semangat juang tinggi untuk menewaskan pasangan Jepun, Kyohei Yamashita-Naru Shinota dengan keputusan 21-11, 15-21, 21-19.

 

Aksi dalam perseorangan lelaki pula menyaksikan pemain veteran, Liew Daren berjaya untuk meneruskan kemaraan biarpun dihimpit dengan kecederaan betis apabila menumpaskan pemain Perancis, Toma Junior Popov, 21-15, 14-21, 21-17.

Bagaimanapun Daren masih belum pasti akan turun di pusingan kedua esok menentang pemenang di antara juara bertahan, Viktor Axelsen dan Rasmus Gemke kerana khuatir dengan kecederaanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya