Paraiba perkuat jentera serangan Sabah FC

Paraiba perkuat jentera serangan Sabah FC

PARAIBA akan memperkuatkan jentera serangan Sabah FC bagi musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain Tokyo Verdy, Jailton Paraiba diumumkan sebagai tonggak baharu Sabah FC untuk beraksi di Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2023 dan Piala AFC.

Pemain berumur 32 tahun itu menyertai tiga lagi pemain import baharu skuad Sang Badak iaitu, Gabriel Peres, Telmo Casteniera dan Njoku Jacob.

Bagi musim 2023, Sabah FC turut mengekalkan dua pemain import sedia ada iaitu Saddil Ramdhani dari Indonesia dan Park Tae Su dari Korea Selatan.

“Selamat datang ke Sabah FC Jailton Paraiba. Pemain berasal dari Brazil ini akan bermain di posisi sayap dan penyerang.

“Paraiba sebelum ini bermain di Liga Super China bersama Shanghai Shenxin, Dalian Transcendence. Dia juga pernah bermain bersama kelab Turki, Gencenbirligi sebelum ke Jepun bersama, Tokyo Verdy,” kata Sabah FC di laman Instagramnya.

Difahamkan, Sabah FC yang kini dalam sesi latihan pra musim di Thailand akan menguji Paraiba bagi memastikan dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan taktikal yang diterapkan Datuk Ong Kim Swee.

Pada musim lalu, Skuad Badak mempamerkan aski terbaik mereka apabila menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga selain berjaya layak sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

Paraiba mempunyai rekod yang baik ketika menyertai kelab Liga Super China, Dalian Transcendence pada musim 2016 dan 2017 apabila berjaya menjaringkan 15 gol dalam 38 penampilan.

Dia kemudiannya berhijrah ke kelab Turki Gencenbirligi untuk dua musim dengan melakukan 45 penampilan dengan enam gol sebelum dipancing untuk beraksi bersama Tokyo Verdy dari 2019 hingga 2022.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya