LONDON: Menurut gambar yang tersebar di media sosial sejak kelmarin, bintang Liverpool, Mohamed Salah dilihat bertemu dengan Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi di sebuah restoran awal bulan ini.
Salah, 30, dikatakan bertemu Al-Khelaifi di London selepas kekalahan 3-1 Liverpool kepada Brentford pada 3 Januari 2023.
Tujuan pertemuan itu tidak diketahui, namun Liverpool kini menjadi sasaran utama hartawan Qatar yang merancang mengemukakan tawaran rasmi untuk mengambil alih kelab daripada Fenway Sports Group (FSG).
ناصر الخليفي ومحمد صلاح بعد مباراة برينتفورد.. 🙄🙄 pic.twitter.com/0tCICbcbNA
— ريان العبدالعزيز (@JK1O_) January 16, 2023
Salah yang kini dianggarkan bernilai 80 juta pound (RM425.58 juta) sedang mengharungi musim yang sukar.
Bukan sahaja Reds turun ke tangga kesembilan dalam carta Liga Perdana Inggeris, malah bintang Mesir itu hanya menjaringkan tujuh gol daripada 18 perlawanan liga.
Jumlah itu jauh daripada jaringan yang dilakukannya pada musim-musim terdahulu. – AGENSI