Malaysia unggul pertahan gelaran juara tenpin boling Asia

Malaysia unggul pertahan gelaran juara tenpin boling Asia

Skuad tenpin boling negara cemerlang meraih satu pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) kali ke-26 di Hong Kong hari ini. (Foto: Persatuan Tenpin Boling Malaysia )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Skuad tenpin boling lelaki negara unggul untuk memastikan reputasi mereka sebagai kuasa besar sukan itu di rantau ini kekal setelah berjaya mempertahankan pingat emas Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) kali ke-26 yang berlangsung di Pusat Boling Persatuan Olahraga China Selatan di Hong Kong hari ini.

Malaysia yang membariskan Muhammad Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol dan Timmy Tan berjaya melakar keseluruhan 4,677 jatuhan pin untuk memastikan kemenangan menjadi milik mereka, apabila pencabar terdekat, Korea Selatan ketinggalan 336 jatuhan pin.

Lebih manis, skuad Malaysia turut membawa pulang pingat gangsa menerusi gandingan Syazirol Shamsuddin, Tun Ameerul Hakim dan Syafiq Ridhwan Malik.

Bagaimanapun kecemerlangan skuad lelaki negara tidak dapat diteruskan skuad wanita apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Gandingan Gillian Lim, Nora Lyana dan Nastasia Norkamala serta Puteri Nurul Dini Faudzi sukar untuk menyaingi trio Singapura apabila sekadar melakukan 4,255 jatuhan pin.

Pingat gangsa milik pasukan Korea Selatan.

Setakat ini, Malaysia sudah pun meraih satu pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa.

Acara lima berpasukan bermula esok sehingga Ahad, disusuli acara Masters yang akan bermula 17 dan 18 Januari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya