Malaysia sapu bersih pingat All Events lelaki

Malaysia sapu bersih pingat All Events lelaki

MUHAMMMAD Rafiq Ismail (tengah), Timmy Tan (kiri dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam memenangi pingat emas, perak serta gangsa All Events lelaki pada Kejohanan Asia di Hong Kong semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia meneruskan kecemerlangan dalam Kejohanan Boling Asia ke-26 apabila menyapu bersih pingat All Events lelaki di Hong Kong semalam.

Juara dunia 2018, Muhammad Rafiq Ismail memastikan lagu Negaraku berkumandang lagi di dengan merangkul pingat emas menerusi 6,128 jatuhan pin.

Timmy Tan (6,073) dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam (5,954) melengkapkan hari gemilang Malaysia dengan meraih pingat perak serta gangsa.

Kejayaan itu menyusul sehari selepas Malaysia menamatkan penantian 15 tahun untuk menjuarai acara berpasukan lelaki kelmarin.

Kombinasi Rafiq, Timmy dan Ahmad Muaz Fishol sebelum ini mempertahankan pingat emas acara trio lelaki, manakala Rafiq meraih emas perseorangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya