Malaysia buru sebanyak mungkin jaringan

Malaysia buru sebanyak mungkin jaringan

PEMAIN Harimau Malaya akan kembali berkumpul Mac ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya harus memanfaatkan secara maksimum kelebihan beraksi di depan 59,000 penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini untuk mencari sebanyak mungkin gol sebelum terbang ke Bangkok pada separuh akhir kedua Piala AFF, Selasa depan.

Begitupun dalam keghairahan mencari gol, benteng pertahanan harus waspada dan tidak terlalu terdedah kerana Thailand memiliki senjata amat bahaya iaitu penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol setakat ini, Teerasil Dangda.

Rekod baik Malaysia ketika menentang Thailand sebelum ini mungkin tidak memberi makna, apatah lagi Harimau Malaya tampil dengan wajah berbeza.

Begitupun, sedar Gajah Perang pernah dikalahkan, ia memberi kelebihan psikologi buat pemain negara, kata bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah.

“Apabila sudah sampai tahap ini, kita kena keluarkan segalanya. Berdasarkan pengalaman lalu, kita bukannya tidak pernah kalahkan Thailand.

“Harimau Malaya ketika ini seimbang d semua posisi, rahsia­nya ialah pemain konsis­ten dan ikut arahan Kim Pan Gon.

“Skuad kali ini tidak dibarisi pemain-pemain ‘regular’, namun taktikal dan perancangan Pan Gon membawa mereka ke tahap ini dan ia perlu diteruskan hingga ke final. Dengan sokongan puluhan ribu penyokong, saya pasti kita akan berjaya,” kata Azraai kepada Utusan Malaysia.

Ditanya bahagian yang perlu diberikan perhatian, Azraai berkata, pertahanan perlu memberi tum­puan kepada Teerasil yang mampu mengha­dirkan ancaman.

“Selain ditugaskan untuk menjaringkan gol, dia boleh memainkan peranan untuk membuat umpanan. Jadi kena berhati-hati dengan pemain ini, selain barisan tengah Thailand yang berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, bekas pertahanan Harimau Malaya, Shukor Adan berkata, perlawanan separuh akhir pertama malam ini adalah pertembungan penuh taktikal antara Pan Gon dan pengendali Thailand, Alexandre Polking dari Brazil.

“Semua bahagian di atas padang sama penting, Pan Gon dan Polking sudah memahami corak permainan lawan masing-masing.

“Jadi, malam ini akan menjadi perlawanan yang penuh taktikal dan saya berharap Malaysia akan gunakan segala peluang ­terhidang,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya