Liu Ying gantung raket selepas tersingkir di Terbuka Malaysia 2023

Liu Ying gantung raket selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023

Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying ketika menentang pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harapan untuk melihat pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon mara lebih jauh dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 tidak kesampaian selepas tersingkir di pusingan pertama sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Liu Ying dan Peng Soon diberikan tentangan sengit oleh pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati dengan keputusan 21-18, 15-21, 7-21 dalam tempoh 58 minit.

Kekalahan ini menandakan berakhirnya perjalanan karier Liu Ying yang dari awal lagi sudah mengumumkan persaraan.

Liu Ying yang bergandingan dengan Peng Soon selama 13 tahun telah menjadi perintis kepada kecemerlangan skuad beregu campuran negara dengan pencapaian terbaik mereka adalah memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.

Satu lagi aksi beregu campuran negara membabitkan pertemuan sesama Malaysia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei melakar kejutan apabila menyingkirkan pilihan keenam kejohanan, Tan Kiang Meng dan Lai Pei Jing dengan keputusan 21-15, 21-10.

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang pasangan senegara, Tan Kian Meng dan Lai Jing pada Kejoahanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya