Liew Daren undur diri menentang Axelsen

Liew Daren undur diri menentang Axelsen

LIEW DAREN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat untuk melihat perseorangan lelaki negara, Liew Daren membuat perhitungan dengan jaguh Olimpik, Viktor Axelsen dari Denmark  di pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini tidak kesampaian apabila pemain itu menarik diri.

Ia perkara yang sudah dijangka apabila pemain berusia 35 tahun itu sudah pun memaklumkan kemungkinan akan menarik diri selepas merakamkan kemenangan ke atas pemain Perancis, Toma Junior Popov ketika pusingan pertama kelmarin.

Daren ditimpa kecederaan di bahagian betis ketika menumpaskan pemain itu, dan beri bayangan ini merupakan penampilan terakhirnya di Terbuka Malaysia.

Ketiadaan Daren menyaksikan Ng Tze Yong menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki yang akan turun berentap hari ini selepas sandaran utama, Lee Zii Jia disingkirkan pemain Jepun, Kodai Naraoka semalam.

Axelsen yang mendapat rehat tambahan satu hari bakal membuat perhitungan dengan pemain Jepun, Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya