Kilat Boy rangkul emas Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang

Kilat Boy rangkul emas Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang

DAELONIEL McDelon Bong bersama pingat emas yang dimenanginya dalam kejohanan Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang di George Town, baru-baru ini. -UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Peninju negara, Daeloniel McDelon Bong berjaya merangkul pingat emas bagi kategori 57 kilogram (kg) dalam Pesta Tinju Antarabangsa Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Pemuda berusia 23 tahun yang mewakili Majlis Sukan Negara (MSN) itu menundukkan pencabarnya dari Tentera Darat, Jemis Wong Lee Onn di Pesta Pulau Pinang, di sini.

Atlet kelahiran Sri Aman, Sarawak yang mendapat julukan Kilat Boy itu berkata, beliau menggunakan teknik berbeza kerana Jemis merupakan pesaing yang berpengalaman.

“Walaupun saya mendahului, saya cuba untuk mengekalkan momentum dan terus fokus dalam ketiga-tiga pusingan.

“Sejujurnya, rasa sedikit letih itu ada kerana saya masih belum sempat berehat selepas Sukan Malaysia (Sukma) dan ini adalah perlawanan keempat saya minggu ini selain kejohanan kedua bulan ini.

“Bagaimanapun, saya mungkin berehat dalam dua tiga hari sebelum memulakan latihan untuk kejohanan Piala Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan pada 23 hingga 28 Januari,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.

Jun lalu, Daeloniel merangkul gelaran juara kategori 57 kg pada Kejohanan Tinju Profesional Pakistan 2022 selain turut memenangi pingat emas untuk Sarawak dalam acara tinju kategori feather lelaki 54 hingga 57 kilogram (kg) di temasya Sukan Malaysia Ke-20 (SUKMA XX) September lalu. 

Penyampaian pingat disempurnakan Presiden Persatuan Tinju Pulau Pinang, Mejar Wan Abdul Hamid Wan Mahmood.

Selain Jemis yang memperoleh pingat perak, wakil MSN, Alif Akmal Muhamad Asri dan wakil Sumatera Utara dari Indonesia, M. Iqbar Rasokismktupang masing-masing membawa pulang pingat gangsa dalam kategori itu.

Acara Kejohanan Tinju Antarabangsa Pulau Pinang yang berlangsung bermula 27 hingga 31 Disember lalu menyaksikan penyertaan tujuh kategori antara 51 hingga 92 kg membabitkan penyertaan pasukan dari MSN, Tentera Darat, Hong Kong, Singapura dan Sumatera Utara serta Bali dari Indonesia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya