Kesilapan sendiri bawa padah kepada Tang Jie-Ee Wei

Kesilapan sendiri bawa padah kepada Tang Jie-Ee Wei

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesilapan sendiri menjadi punca kepada kekalahan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ditangan pasangan No. 3 dunia, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand pada suku akhir Terbuka Malaysia di Axiata Arena, dekat sini, sebentar tadi.

Beregu muda yang baharu sahaja digandingkan bersama sejak dua bulan lalu itu tewas straight set 19-21, 9-21 dalam masa 36 minit.

Tang Jie ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berakhir berkata, jika set pertama mereka berjaya mengubah keputusan, persembahan dalam set berikut sudah pasti berbeza.

“Tetapi malangnya semasa kedudukan mata 19-20 saya ada buat silap, kita menang sebab kita serang mereka.

“Tetapi saya pula yang bagi mereka serang kami, itu kesilapan besar saya dalam permainan tadi, saya rasa kalau set pertama menang, set kedua kita akan lebih yakin,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu memberitahu, dia meletakkan jangkaan yang tinggi untuk penyertaan pada Terbuka Malaysia, tetapi setakat suku akhir sahaja.

Jelasnya, mereka berdua memang betul-betul hendak menang dan penyokong sendiri boleh melihatnya.

“Memanglah pencapaian suku akhir ini bagus, tetapi saya masih tidak puas hati,” ujarnya.

Sementara itu, Ee Wei pula berkata, selepas Terbuka Malaysia, mereka akan kembali ke gelanggang latihan dengan sasaran untuk layak ke Sukan Olimpik di Paris.

“Saya yakin tentang itu kerana kami kini memiliki jurulatih yang sangat bagus. Jurulatih Nova (Widianto) mampu membantu kami, saya yakin kami mampu meningkat di bawah bimbingannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya