PETALING JAYA: Safawi Rashid akan mengetuai kesebelasan utama Malaysia menentang Singapura dalam terakhir Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar nanti.
Malaysia turun dalam aksi wajib menang untuk menempah slot ke peringkat separuh akhir manakala, Singapura dijangka menampilkan aksi bertahan kerana mereka hanya memerlukan keputusan seri.-UTUSAN ONLINE