Kelicikan Norsyafiq jadi taruhan Speedy Tigers

Kelicikan Norsyafiq jadi taruhan Speedy Tigers

Norsyafiq Sumantri (tengah) sekali lagi menjadi taruhan Malaysia untuk merobek gawang New Zealand bagi mencari kemenangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Ketenangan dimiliki Norsyafiq Sumantri di hadapan gawang lawan sekali lagi diharap mampu menghasilkan jaringan buat Malaysia apabila turun menentang New Zealand di Stadium Kalinga hari ini.

Norsyafiq, 26, muncul wira kebangkitan skuad hoki negara selepas meledak gol kemena­ngan untuk menewaskan Chile 3-2 dalam aksi kedua Kumpulan C, hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Hoki Birsa Munda, Rourkela pada Isnin lalu.

Gol itu bukan sahaja menghadiahkan kemenangan pertama Malaysia di Piala Dunia sejak kali terakhir menewaskan Cuba 4-2 di Kuala Lumpur pada 2002 tetapi turut menyelamatkan peluang negara dalam edisi kali ini.

“Saya cuba tenang dalam ­situasi ketika itu kerana saya fikir kalau terus tolak bola ke dalam gol, mungkin tak masuk sebab penjaga gol Chile dah sedia untuk rebahkan badan.

“Jadi saya dummy dahulu dan kemudian buat pukulan reverse untuk masukkan bola ke dalam gawang Chile. Saya gembira ia berikan kemenangan kepada kami dan dapat tingkatkan semangat satu pasukan,” katanya.

Selain memiliki kepantasan larian, Norsyafiq dengan 89 penampilan antarabangsa, juga antara pemain berkemahiran teknikal tinggi dan licik dalam kawasan D, sekali gus berpotensi besar untuk cuba mendapatkan pukulan sudut penalti.

MUHAMMAD Razie Abd Rahim mengambil pukulan penalti ketika menentang Chile, Isnin lalu. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Sementara itu, tonggak pertahanan, Muhammad Razie Abd. Rahim yang menyudahkan penalti stroke ketika menentang Chile, berharap mereka dapat mengambil peluang menyerang titik kelemahan New Zealand hari ini.

Razie, 35, yang merupakan pemain paling berpengalaman negara dengan 308 penampilan antarabangsa itu, juga memasang tekad untuk meledak gol menerusi pukulan sudut penalti selepas gagal melakukannya dalam dua aksi terakhir.

“Saya dan flicker yang lain perlu fikir cara untuk menewaskan pelari pertama New Zealand nanti. Kami sudah analisis dan akan cuba ambil kesempatan daripada kelemahan pihak lawan.

“Kemenangan ke atas Chile sangat bermakna sebab kami datang sini bukan untuk menyertai sahaja. Kami nak buktikan Malaysia boleh bersaing dengan pasukan-pasukan lain dan kami boleh menang kalau ambil peluang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya