Kelantan United yakin jana lebih RM1 juta musim ini

Kelantan United yakin jana lebih RM1 juta musim ini

KELANTAN United bakal berwajah baharu dengan kehadiran jurulatih dan barisan pemain berpengalaman untuk menghadapi Liga Malaysia musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan United (Kelantan United) optimis mampu menjana lebih RM1 juta hasil jualan cenderamata rasmi dan keah­lian eksklusif sehingga penghujung musim ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, sasaran itu tampak mampu dicapai berpandu kepada transformasi yang dilakukan pasukan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurutnya, ia selari de­ngan perubahan logo yang lebih ‘gah’ selain membawa masuk masuk beberapa pemain bintang memperkuatkan skuad Kijang ­Hijau.

“Kami menjenamakan logo kelab dan pembaharuan ini selaras dengan keputusan kelab untuk mengeluarkan produk sendiri yang berkualiti seperti jersi serta banyak lagi.

“Sejak proses penjenamaan semula pasukan, kita sudah dapat lihat peminat semakin rapat dengan Kelantan ­Uni­ted,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Wan Mohd. Zul Ikman memberitahu, Kelantan United akan memperkemaskan lagi proses penjenamaan bagi menunjukkan kesungguhan pengurusan untuk memastikan pasukan bersaing dengan lebih ‘bengkeng’.

Kehadiran pemain berpe­ngalaman seperti Indra Putra Mahyuddin, Syazwan Zainon, Fandi Othman, Khairu Azrin serta Abdul Latiff Suhaimi, selain bekas jurulatih Penang FC, Thomas Trucha membuktikan keseriusan Kelantan United untuk menghadapi musim 2023.

“Saya jangka saingan musim ini paling sengit. Selain juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman, Terengganu FC, Selangor, Sri Pahang dan Sabah FC dilihat antara pasukan terkuat.

“Bagaimanapun, Kelantan United akan memberikan aksi lebih baik berbanding musim ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya