Kekerasan bukan budaya bola tampar

Kekerasan bukan budaya bola tampar

TANGKAP layar dua pemain bola tampar yang ditampar jurulatih dalam kejohanan peringkat umur hingga tular di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekerasan fizikal bukan budaya bola tampar untuk membentuk kemahiran atlet dalam mana-mana peringkat umur, tegas Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (Mava), Hean Boon Yeow.

Kata Boon Yeow, insiden jurulatih bola tampar wanita bawah 14 tahun Melaka yang menampar dua pemainnya isu terpencil dan berlaku secara spontan, selain kes itu juga telah diselesaikan selepas kejadian.

Bagaimanapun Boon Yeow berkata, Lembaga Disiplin Mava masih kekal dengan keputusan menggantung jurulatih ber­kenaan buat sementara waktu selain akan menubuhkan badan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut secara menyeluruh.

“Ini bukan budaya kita dalam bola tampar dan kes itu sebenarnya berlaku secara spontan melibatkan jurulatih dan pemainnya. Perkara ini tidak me­lambangkan secara keseluruhan sukan bola tampar di Malaysia.

“Pelbagai aspek perlu diberikan penilaian termasuk pengalaman dan kejayaan yang dibawa oleh jurulatih kepada pasukan dan difahamkan Exco Pembangunan Belia, Sukan Melaka juga sudah keluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

HEAN BOON YEOW

“Saya juga kecewa dan kesal dengan laporan yang dibuat pada peringkat awal tanpa merujuk kepada Mava terlebih dahulu selain ada juga pihak yang memaparkan wajah pemain-pemain terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, tular satu klip video membabitkan jurulatih pasukan berkenaan yang menampar dua orang pemain di Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 tahun (B-14) 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Menurut Boon Yeow, bagi mengelak kejadian sama berulang, Mava selepas ini akan memasukkan elemen ‘tiada hukuman fizikal’ dalam silibus kursus kejurulatihan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, siasatan bebas akan dijalankan untuk mengenalpasti sama ada cara melatih atlet dengan kekerasan telah lama diamalkan dalam pasukan bola tampar wanita bawah 14 tahun Melaka.

HANNAH YEOH

Dalam pada itu, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP Shanmugam berkata, keputusan sama ada khidmat jurulatih Melaka B-14 itu diteruskan atau sebaliknya akan diketahui esok.

Shanmugam berkata, beliau akan menyelesaikan isu itu de­ngan sebaiknya dengan mengambil kira semua faktor.

“Pada Rabu (esok), selepas mesyuarat ‘post exco’ saya akan panggil jurulatih berkenaan dan pihak yang berkenaan untuk membincangkan tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, insiden itu sudah di­selesaikan secara aman pada hari kejadian, malah jurulatih terbabit juga sudah meminta maaf kepada pemain serta ibu bapa mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya