Kapten Marhan sedia kekang The Red Sticks

Kapten Marhan sedia kekang The Red Sticks

MURAL kapten Malaysia, Muhammad Marhan Jalil (dua kanan) menghiasi dinding jalan di sekitar Bhubaneswar, India sempena hoki Piala Dunia 2023 yang sedang berlangsung. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Muhammad Marhan Jalil tekad ­me­ngulangi prestasi cemerlang yang membolehkannya dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menumpaskan New Zealand 3-2, Khamis lalu dan membantu ­Malaysia mara ke suku akhir hoki Piala Dunia 2023.

Prestasi memukau ‘jeneral’ berusia 32 tahun itu yang sudah membuat 281 penampilan bersama Speedy Tigers amat ditagih apabila menentang pasukan No. 8 dunia, Sepanyol dalam aksi crossover di Stadium Kalinga hari ini.

“Saya sangat bangga dengan persembahan rakan sepasukan kerana kami berjaya mencapai objektif awal. Tanpa mereka, anugerah (pemain terbaik) tidak akan menjadi milik saya.

“Saya harap kami dapat kekal konsisten untuk aksi seterusnya dan saya sendiri akan terus beri persembahan terbaik demi pasukan,” kata kapten Malaysia yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Difahamkan, barisan kejurulatihan diketuai A. Arul Selvaraj sudah membuat kajian mendalam terhadap corak permai­nan Sepanyol yang lebih gemar memegang penguasaan bola dan melakukan serangan melalui bahagian tengah.

Walaupun rekod lebih memihak kepada Sepanyol tetapi ­Malaysia yang baru sahaja naik ke ranking kesembilan dunia, pernah menewaskan The Red Sticks 4-3 ketika kali terakhir bertemu pada Kejohanan ­Jemputan ­Empat Negara 2019.

Jika menang ke atas lawan ranking kelapan dunia itu, ­Malaysia akan mengulangi ­pencapaian 21 tahun lalu ­sewaktu Speedy Tigers muncul lapan pasukan terbaik pada ­edisi 2002 di Kuala Lumpur, sekali gus berdepan Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya