Jin Wei tumbang kepada pilihan kedua kejohanan

Jin Wei tumbang kepada pilihan kedua kejohanan

GOH JIN WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ibarat pertarungan langit dan bumi, wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei bergelut untuk menyaingi pemain Korea Selatan dalam aksi pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Jin Wei yang berjaya meloloskan diri setelah menumpaskan pemain Jerman, Yvonne Li di pusingan pertama kelihatan buntu berdepan dengan Se Young yang turun sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bekas juara remaja dunia itu akhirnya akur ditunjukkan jalan keluar selepas bertarung selama 33 minit dengan keputusan 10-21, 12-21, dan bagi Se young ia satu kelegaan memandangkan edisi tahun lalu, perjalanannya disekat di peringkat ini biarpun diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan.

Nasib sama turut menimpa satu lagi wakil negara dalam acara beregu wanita, Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee apabila mereka ditundukkan pasangan China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu dengan keputusan 10-21, 7-21.

Pasangan beregu wanita negara,Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing ketika menentang pemain China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Skuad negara masih berbaki tujuh lagi wakil yang akan turun berentap hari ini dalam usaha memburu slot ke pusingan suku akhir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya