Hasrat saksikan pertembungan Zii Jia, Tze Yong tidak kesampaian

Hasrat saksikan pertembungan Zii Jia, Tze Yong tidak kesampaian

Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan pertembungan dua pemain badminton perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong tidak kesampaian apabila jaguh No. 2 dunia itu kecundang kepada Kodai Naraoka dari Jepun pada pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena, dekat sini, sebentar tadi.

Pemain profesional negara itu, gagal menyaingi rentak taktikal pemain No. 7 dunia itu apabila tewas dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga ke rubber set 21-13, 17-21, 19-21.

Kekalahan tersebut menyaksikan, Tze Yong akan berdepan dengan Naraoka pada pusingan kedua, esok.
Pemain kelahiran Johor yang menghuni ranking ke-25 dunia itu menundukkan wakil Ireland, Nhat Nguyen 21-4, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Zii Jia ketika ditemui pemberita melahirkan rasa kecewanya ekoran kekalahan tersebut, tetapi, dia harus menerima hakikat pahit tersebut.

“Saya telah berusaha memberikan yang terbaik, tetapi kekurangan saya ialah kesabaran, manakala Naraoka pula lebih sabar untuk meraih kemenangan dan pertahannya juga bagus,” katanya.

Menurut Zii Jia, keyakinan lawannya itu juga lebih baik berbanding dirinya dan masalah angin di dalam gelanggang turut menjadi faktor kepada kekalahannya itu.

Sementara itu, Tze Yong ketika ditemui pemberita pula berkata, perlawanan menentang Nguyen bukan mudah, tetapi, dia berjaya mempamerkan persembahan yang baik untuk mara ke pusingan kedua.

Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ketika menentang pemain Ireland, Nhat Nguyen pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

“Esok, saya akan bertemu Kodai, dia seorang pemain yang sangat bagus dan saya akan cuba memberikan tentangan mata demi mata,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya