Harimau Malaya ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama

Harimau Malaya ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama

STUART WILKIN (dua kiri) berebut bola dengan pemain Thailand sewaktu separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, Thailand, hari ini. - Gambar ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya ketinggalan 0-1 kepada Gajah Perang dalam babak pertama permainan pada separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Thammasat, Thailand, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Alexandre Polking itu membuka jaringan menerusi penyerang veteran, Teerasil Dangda yang menanduk kemas bola hasil hantaran lintang, kapten Thailand, Theerathon Bunmathan pada minit ke-19.

Tuan rumah sejak awal permainan lagi, telah melancarkan serangan ke kubu Harimau Malaya bagi mencari gol awal, setelah mereka dibolosi pada timbal balik pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jaringan tersebut menyaksikan kedudukan agregat kini menjadi 1-1 dengan peluang kini kembali terbuka kepada kedua-dua pasukan untuk menempah ke perlawanan akhir bertemu Vietnam.

REAKSI para penyokong setia Harimau Malaya menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara Malaysia menentang Thailand ketika tinjauan fotoBernama di sebuah restoran di Seksyen 7 Shah Alam hari ini. FOTO/AFIQ RAZALI

Sebelum jaringan penyerang berpengalaman Thailand itu, tuan rumah turut memperoleh peluang terbaik menerusi sepakan percuma Bunmathan, namun, rembatannya itu berjaya ditangkap kemas penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi pada minit ke-13.

Dalam separuh akhir kedua itu, Harimau Malaya yang diterajui oleh ketua jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran dengan pemain tengah, Muhammad Mukhairi Ajmal kembali ke dalam kesebelasan utama, manakala, Mohd Nor Hakim Hassan dan bek kiri, Fazly Mazlan yang diturunkan ketika menentang Laos turut disenaraikan.

Bek kanan, Azam Azmi yang selesai menjalani penggantungan kad merah mengambil kembali posisinya itu daripada Quentin Cheng.

Perlawanan tersebut diadili pengadil dari Jordan, Adham Mohammad Tumah Makhadmeh yang memiliki pengalaman mengendalikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Arab Saudi dan Croatia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya