PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama pelari menara profesional negara, Soh Wai Ching hari ini menawan menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya setinggi 17 tingkat.
“Menteri Belia dan Sukan bersama juara pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching menawan Menara KBS setinggi 17 tingkat pagi tadi,” kata KBS di laman Twitternya hari ini.
Sementara itu, Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut menyatakan, beliau bersama Wai Ching menawan menara KBS dalam masa kurang enam minit.
“Selesai dalam masa kurang daripada enam minit!,” kata Hannah di laman Twitternya.-UTUSAN ONLINE