Faizal kembali jadi ‘mesin gol’

Faizal kembali jadi ‘mesin gol’

PEMAIN Malaysia menjalani latihan akhir di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India semalam dalam persiapan menghadapi Sepanyol untuk memburu tiket suku akhir Piala Dunia 2023. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Ketajaman penyerang prolifik Malaysia, Faizal Saari sekali lagi menjadi sandaran menjelang aksi getir menentang Sepanyol pada peringkat cross­over hoki Piala Dunia 2023 di Stadium Kalinga hari ini.

Faizal gagal mencetak nama selaku penjaring dalam dua aksi pertama Kumpulan C ketika tewas 0-4 kepada Belanda dan menang 3-2 ke atas Chile.

Mesin gol skuad negara itu bangkit menunjukkan taring apabila dua jaringannya memboleh­kan Speedy Tigers menewaskan New Zealand 3-2 pada aksi ter­akhir, Khamis lalu.

Bagaimanapun, Faizal meng­ambil pendekatan merendah diri dan tidak kisah siapa pun yang menjaringkan gol kerana fokus utama adalah kemenangan pasukan dalam misi layak ke suku akhir.

“Saya boleh buat semua apabila persembahan saya bagus di atas padang. Saya akui dua gol ini meningkatkan keyakinan diri.

“Walaupun saya tak jaringkan gol tetapi dapat bantu cari pc (pukulan sudut penalti), buat reverse press atau cipta gerakan jaringan pun saya dah puas hati.

“Kalau saya dapat jaringkan gol lagi, ia satu bonus buat diri saya dan juga pasukan,” katanya.

Jika berjaya menewaskan Sepanyol, lawan skuad negara di suku akhir Selasa ini adalah pasukan No. 1 dunia, Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya