Enggan kekal di PSG, Messi kembali ke Barcelona?

Enggan kekal di PSG, Messi kembali ke Barcelona?

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lio­nel Messi masih membisu mengenai masa depannya bersama gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dan dilaporkan enggan menandatangani penyambu­ngan kontrak yang bakal berakhir musim panas ini.

Biarpun rundingan masih berjalan, namun kapten Argentina itu belum memberikan ­sebarang jawapan, sekali gus menguatkan spekulasi dia mungkin kembali ke Barcelona.

Selepas berjaya membantu ­Argentina menjulang Piala ­Dunia tahun lalu, penyerang berusia 35 tahun itu dikatakan tidak begitu teruja untuk memburu trofi kerana sudah memenangi semua kejuaraan utama sebagai pemain bola sepak.

Pada ketika Barcelona bersedia mendapatkan semula khidmatnya, kepulangan ke Camp Nou seperti menjadi pilihan utama pemenang tujuh gelaran Ballon d’or tersebut.

Messi sebelum ini terpaksa meninggalkan Barca pada 2021 kerana masalah kewa­ngan yang dihadapi gergasi bola sepak Sepanyol itu sehingga tidak lagi mampu untuk membayar gajinya.

Sejak menyertai PSG, dia ­telah meledak 24 gol daripada 55 penampilan dan memenangi satu gelaran Ligue 1.

Selain Barcelona, kelab lain yang turut menyuarakan hasrat untuk mendapatkan Messi adalah gergasi Liga Utama Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami, Newell’s Old Boys dari Argentina serta Al Hilal dari Arab Saudi.

Awal bulan ini, pengurus ­Inter Miami, Phil Neville tidak menolak untuk membawa Messi beraksi di MLS, kerana pihaknya sudah hampir untuk mencapai kata sepakat tahun lalu, sebelum pemain tersebut mengambil keputusan untuk terus berbakti di Paris selepas Piala Dunia Qatar.

“Kami mahu membawa masuk pemain terbaik dunia ke dalam pasukan ini, dan dia (Messi) adalah yang terbaik, jadi kami tidak pernah berganjak daripada keputusan itu.

“Rundingan untuk mendapatkan pemain seperti itu adalah sesuatu yang rumit dan ia memerlukan masa,” jelas ­Neville. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya