Elak Velodrom Rakyat di Ipoh kembali uzur

Elak Velodrom Rakyat di Ipoh kembali uzur

KEADAAN Velodrom Rakyat Ipoh selepas diperbaiki untuk digunakan pada Sukan Malaysia 2018. – IHSAN TWITTER AMARJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permukaan uzur trek Velodrom Rakyat di Ipoh sekali lagi menjadi tum­puan apabila berada dalam keadaan yang tidak terurus serta tidak diselenggara, sekali gus menyukarkan pasukan berbasikal negeri Perak untuk menjalani latihan.

Velodrom bernilai RM3.25 juta itu yang siap dibina pada 1989 pernah menggemparkan arena sukan tempatan apabila berada dalam keadaan uzur pada 2015.

Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh memaklumkan velodrom itu pernah menjalani pengubahsuaian pada 2016, namun faktor cuaca telah memberikan kesan terhadap permukaan trek ber­kenaan yang diperbuat daripada kayu.

Lebih dikesali, kontraktor yang melakukan pengubah­suaian tersebut memberi jaminan trek kayu itu akan bertahan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 tahun, namun tidak sampai 10 tahun, trek berkenaan kembali uzur.

Velodrom Rakyat pernah digunakan untuk pengajuran beberapa kejohanan berbasikal trek, antaranya dijadikan salah satu venue pertandingan untuk Sukan SEA 1989, selain Piala Asia 2006 serta Sukan Malaysia (Sukma) Perak pada 2018.

Tahun yang sama juga me­nyaksikan velodrom itu turut mendapat sijil pengiktirafan antarabangsa (Homologation Certificate) oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Kita pernah mengesyorkan agak trek di Ipoh dibaiki dan diubah dan KBS telah pun memperbaiki permukaan trek itu, malah pihak kontraktor juga memberi jaminan bahawa ia akan bertahan selama 20 tahun, tetapi ada beberapa kawasan permukaan trek itu dalam keadaan yang tidak berapa baik dan comot.

“Kami pernah membuat permohonan kepada bekas Menteri (Belia dan Sukan), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membina bumbung, tidak perlu menutup semua bahagian tetapi memadai kawasan trek, dan saya difahamkan perancangan membaiki velodrom itu dalam Rancangan Malaysia (RMK).

“Bagaimanapun peranca­ngan itu tidak dapat dilaksanakan selepas beberapa pertukaran menteri.

“Begitupun, PKBM akan tetap membuat permohonan semula kepada menteri baharu, Hannah Yeoh,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya