Cabaran Malaysia di Birmingham terhenti di separuh akhir

Cabaran Malaysia di Birmingham terhenti di separuh akhir

AIRA AZMAN (depan) gagal memberikan tentangan kepada Fayrouz Abouelkheir pada separuh akhir Terbuka Remaja Britain di Birmingham, England, semalam. - IHSAN britishjunioropen.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cabaran pemain-pemain muda Malaysia terhenti setakat separuh akhir, selepas mereka kecundang ditangan lawan masing-masing pada kejohanan skuasy Terbuka Remaja Britain di Birmingham, England, semalam.

Tiga wakil negara yang mara sehingga ke peringkat empat terbaik iaitu Aira Azman, M. Nickhileswar dan Jinooreeka Ning tewas dalam kategori masing-masing.

Aira yang menghuni ranking No. 71 dunia gagal dalam misinya memburu gelaran kedua pada kejohanan tersebut apabila dia tersungkur ditangan pilihan kedua, Fayrouz Abouelkheir dari Mesir 7-11, 7-11, 11-13 untuk kategori perempuan bawah 19 tahun.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, Jinooreeka yang melakukan penampilan sulung pada Terbuka Remaja Britain juga gagal kepada pencabar dari Mesir, Malika Taymour 7-11, 5-11, 7-11 bagi kategori perempuan bawah 13 tahun.

Wakil tunggal Malaysia dalam saingan lelaki, Nickhileswar yang memegang status sebagai pilihan pertama untuk kategori bawah 15 tahun tunduk kepada pilihan 3/4, Seif Refaay dari Mesir dalam pertarungan sengit 11-5, 9-11, 17-19, 8-11.

Dengan tersingkirnya kesemua wakil negara pada separuh akhir, menyaksikan kali pertama Malaysia gagal memenangi sebarang gelaran sejak 2017.

Penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan, Andrew Cross dalam kenyataannya berkata, walaupun tersingkir di separuh akhir, beliau tidak terlalu kecewa dengan keputusan yang dicatat anak-anak buahnya.

“Saya berasakan Aira bermain dengan agak baik, hari ini (semalam), tetapi Fayrouz cukup jelas bukanlah lawan yang mudah memandangkan dia lebih berpengalaman dalam Jelajah Persatuan Profesional Skuasy (PSA) berbanding pencabarnya yang lain.

“Fayrouz berjaya mara ke peringkat 16 terbaik pada Terbuka Hong Kong, bulan lalu, dan aksinya sudah cukup memberi gambaran kemampuannya, jadi, Aira perlu diberi pendedahan ditahap yang sama,” katanya.

Bagi Nickhileswar dan Jinooreeka pula, menurut Andrew, kedua-dua pemain itu memiliki potensi serta mempamerkan kualiti permainan yang bagus dan mereka juga perlu diberi pendedahan sewajarnya selepas ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya