Azeem mula cipta nama di AS

Azeem mula cipta nama di AS

Azeem Fahmi
MUHAMMAD AZEEM FAHMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 60 meter (m) dalam dewan yang sebelum ini dipegang bekas jaguh, Watson Nyambek.

Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatatkan 6.63 saat (s) pada Kejohanan Texas Tech Open & Multi di Texas awal pagi tadi bagi mengatasi rekod Watson 6.66s yang dipegang pelari legenda itu sejak 24 tahun lalu.

Watson yang berasal dari Sarawak mencatat rekod berkenaan pada Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999 dan selepas lebih dua dekad, catatan itu berjaya diatasi Azeem, kali ini di Amerika Syarikat (AS).

“Rekod kebangsaan baharu!, Alhamdulillah,” tulis Muhammad Azeem secara ringkas dalam laman Instagram miliknya.

Di awal kejohanan berkenaan, Azeem menamatkan pusingan kelayakan di tempat kelima dengan catatan 6.72s sebelum melakukan 6.63s di pusingan pertama untuk berada dalam senarai lapan peserta ke final.

Di aksi final, Azeem melengkapkan larian dengan 6.65s untuk menduduki tempat kedua manakala, Micah Williams yang mewakili Oregon muncul pemenang dengan catatan 6.49s.

Sementara, tempat ketiga menjadi milik Rodney Heath Jr dari Louisiana Tech dengan catatan 6.67s. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya