Arul terpaksa tinggalkan lima ‘pakar’

Arul terpaksa tinggalkan lima ‘pakar’

SKUAD hoki negara yang akan berlepas ke India hari ini untuk bertarung dalam Piala Dunia 2023 menerima Jalur Gemilang daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, (enam, kanan) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim (enam, kiri) dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal (lima, kiri). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arul Selvaraj terpaksa meninggalkan lima staff kejurulatihan, termasuk penolong jurulatih, Amin Abd. Rahim daripada skuad hoki Piala Dunia di India dari 13 hingga 29 Januari ini atas beberapa faktor.

Ia disebabkan isu logistik membabitkan dua venue di Bhubaneswar dan Rourkela serta, selain Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) hanya memperuntukkan 30 kad akreditasi untuk sebuah pasukan.

Dalam masa sama, Amin terpaksa berkorban disebabkan kekangan masa untuk menguruskan skuad projek khas lelaki yang dalam persiapan menghadapi Piala Dunia Remaja 2023 di Kuala Lumpur tahun ini.

Bagaimanapun Arul tidak merasakan ketiadaan lima staff sokongannya itu akan menjejaskan kempen Speedy Tigers yang membuka kempen Kumpulan C menentang Belanda pada 14 Januari.

“Saya mahu yang terbaik sentiasa bersama saya, sebab itu saya ada ramai staf kejurulatihan kerana mereka tulang belakang saya. Namun, Piala Dunia kali ini ada perubahan kerana 30 kad akreditasi sahaja diberikan.

“Saya tak dapat gunakan kepakaran empat hingga lima staf seperti pakar pemakanan, psikologi, pegawai media, fisio­terapi dan paling ketara orang kanan saya iaitu Amin Rahim.

“Amin perlukan masa kerana Piala Dunia Remaja tahun ini. Skuad remaja baru berlatih semalam dan perlu bersiap ke Australia pada 18 Januari sebelum ke Piala Remaja Asia 2023,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya