Aaron-Wooi Yik ke final Terbuka India 2023

Aaron-Wooi Yik singkirkan beregu No. 1 dunia untuk ke final Terbuka India

AARON CHIA-SOH WOOI YIK – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjawab segala kritikan apabila menewaskan pasangan No. 1 dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto dari Indonesia pada separuh akhir badminton Terbuka India di Dewan Tertutup K.D Jadhav, New Delhi sebentar tadi.

Biarpun set pertama tidak memihak mereka, namun beregu utama negara itu berjaya memperkemaskan permainan untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum menang 11-21, 21-15, 21-16.

Kali terakhir Malaysia mempunyai wakil di  final beregu lelaki Terbuka India (dahulu bertaraf Grand Prix Gold) adalah menerusi gandingan Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari yang menewaskan wakil tuan rumah, Rupesh Kumar-Sanave Thomas untuk muncul juara 2010.

Aaron-Wooi Yik akan bertemu pemenang di antara pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seungjae atau gandingan China, Liang Weng Kang-Wang Chang yang akan turun beraksi sebentar lagi.

Terdahulu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah disekat pasangan Jepun, Chiharu Shida-Nami Matsuyama untuk ke  final.

Beregu utama negara itu tewas kepada pilihan kedua kejohanan dengan 14-21, 16-21 dalam tempoh 43 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya