25 pasukan berentap dalam Regatta Langkawi

25 pasukan berentap dalam Regatta Langkawi

PESERTA memulakan perlumbaan pada hari pertama RLIR di perairan Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebanyak 25 pasukan menyertai kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) yang berlangsung selama lima hari di perairan Pulau Langkawi, di sini sejak semalam.

Pengarah Eksekutif Royal Langkawi Yacht Club (RLYC), Azlan Abdullah berkata, kejohanan itu merupakan edisi ke-19 yang diadakan semula setelah dua tahun ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

“Selepas dua tahun RLIR tidak diadakan, kami gembira melihat 25 pasukan yang menyertai kejohanan ini pada tahun ini.

AZLAN ABDULLAH

“Sebanyak tujuh negara termasuk Malaysia bertanding dalam RLIR ke-19 antaranya Thailand, United Kingdom (UK), Australia, Denmark, Austria dan Great Britain,” katanya pada sidang akhbar, di sini.

Sementara itu, Pegawai Utama Kejohanan, Simon James berkata, kesemua 25 pasukan turut melakukan sesi latihan semalam dan cuaca serta keadaan angin dijangka baik sepanjang kejohanan.

“Perlumbaan akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan kita akan melihat keadaan cuaca pada awal pagi esok, kemungkin dua atau tiga perlumbaan akan diadakan setiap hari sehinggalah kesemua perlumbaan selesai pada hari kelima,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua pasukan tersebut bertanding bagi merebut anugerah berprestij di bawah lima kategori iaitu kelas Racing, kelas IRC, kelas multihull, kelas sports boating dan kelas club cruising. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya