Yew Sin-Ee Yi akhirnya kalahkan Fajar-Muhammad Rian

Yew Sin-Ee Yi akhirnya kalahkan Fajar-Muhammad Rian

ONG YEW SIN-TEO EE YI (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selama tiga tahun menanti, beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akhirnya berjaya menumbangkan gandingan No. 3 dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir di Bangkok hari ini.

Pasangan No. 8 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum beroleh kemenangan berharga 10-21, 21-17, 21-19 dalam masa 53 minit ke atas beregu Indonesia itu dalam perlawanan Kumpulan A.

Kemenangan tersebut yang menyaksikan Yew Sin-Ee Yi merapatkan jurang rekod pertemuan kepada 3-6, turut menghidupkan kembali peluang mara ke separuh akhir.

Yew Sin-Ee Yi perlu menunggu keputusan perlawanan antara beregu No. 7 dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menentang pasangan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Kim Won Ho yang masih belum turun ke gelanggang ketika artikel ini ditulis.

Kali terakhir Yew Sin-Ee Yi menang ke atas Fajar dan Rian ialah pada Terbuka Hong Kong, tiga tahun lalu.

Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, gandingan No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang diletakkan dalam Kumpulan B tunduk kepada pasangan No. 7 dunia dari China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu 19-21, 22-20, 9-21 dalam masa 59 minit.

Satu lagi beregu wanita, Vivian Ho-Lim Chiew Sien turut ditimpa kekalahan kepada beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 10-21, 17-21 dalam masa 37 minit untuk perlawanan Kumpulan A. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya