Semua pemain perancis turun sesi latihan akhir

Semua pemain perancis turun sesi latihan akhir

PEMAIN Perancis menjalani latihan akhir menjelang pertemuan dengan Argentina di pentas final malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Semua pemain Perancis termasuk Raphael Varane, Ibrahima Konate dan Kingsley Coman turun menjalani latihan terakhir psukan menjelang perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina malam ini.

Tiga pemain berkenaan memulakan sesi latihan selepas sebelum ini terlepas sesi latihan kerana dilaporkan dijangkiti virus

Selain itu, pemain tengah, Aurelien Tchouameni dan pertahanan kiri, Theo Hernandez, yang turut terlepas sesi latihan pada Jumaat kerana kecederaan turut berada di gelanggang bersama pasukan.

Terdahulu, pengendali skuad Les Bleus, Didier Deschamps berkata, mereka mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menghalang virus dari merebak serta mengganggu persediaan mereka bagi final Piala Dunia.

Sebelum ini, persiapan Perancis untuk aksi final terganggu selepas gandingan pertahanan Varane dan Konate terlepas latihan pada Jumaat kerana tidak sihat, disamping pemain sayapnya, Coman.

Sementara itu, pemain tengah, Adrien Rabiot dan pertahanan, Dayot Upamecano juga tidak beraksi ketika kemenangan 2-0 di separuh akhir ke atas Maghribi.-Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya