Sampai bila hanya sokong Argentina, Perancis, Brazil?

Sampai bila hanya sokong Argentina, Perancis, Brazil?

SEBAHAGIAN peminat bola sepak Malaysia yang memberi sokongan kepada Argentina dan Perancis memenuhi Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam semalam untuk menonton final Piala Dunia 2022. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribuan penyokong menjerit, bersorak dan ada yang membawa keluarga membanjiri beberapa lokasi di seluruh Malaysia untuk menonton final Piala Dunia 2022 yang berlangsung amat mendebarkan antara Argentina serta Perancis semalam.

Ada yang memakai jersi belang biru putih dengan bangga biarpun tidak dilahirkan di Argentina, malah tidak pernah menjejakkan kaki ke negara Amerika Selatan.

Setiap kali berlangsung Piala Dunia, peminat bola sepak tempatan nampak begitu teruja menyokong pasukan masing-masing dan bayangkan jika Malaysia yang layak beraksi, pastinya sokongan itu lebih bermakna dan berbaloi.

Lihat sahaja aksi final Piala Dunia semalam, peminat bola sepak tempatan berkumpul untuk menyaksikan pertembungan antara Argentina menentang Perancis menerusi layar gergasi di merata tempat dengan meriah dan mengujakan.

SEBAHAGIAN yang memenuhi Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam semalam untuk menonton final Piala Dunia 2022. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

Bagaimanapun, persoalannya sampai bila rakyat Malaysia perlu menunggu untuk melihat skuad Harimau Malaya serta mendengar lagu Negaraku berkumandang di pentas Piala Dunia yang menjadi impian sejak sekian lama.

Peminat Harimau Malaya, Nur Alfaatihah Hanizuan, 28, berkata, adalah menjadi impian seluruh rakyat Malaysia untuk melihat pasukan kebangsaan layak ke Piala Dunia secara automatik seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Nur Alfaatihah Hanizuan

“Setiap kali Piala Dunia, kita sokong pasukan negara lain…sampai bila perlu begini. Kita sebagai peminat, memang tertunggu-tunggu untuk lihat pasukan kebangsaan beraksi di pentas dunia namun, persoalannya sampai bila perlu tunggu.

“Mungkin sudah tibanya masanya untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan perubahan besar untuk memastikan kita layak ke Piala Dunia. Lihat semula program pembangunan, mungkin ada yang perlu dinilai semula ke arah lebih baik.

“Jika Malaysia layak, saya percaya kehangatan Piala Dunia akan lebih mengujakan buat peminat bola sepak tempatan, kita juga boleh jadikan Maghribi sebagai pasukan contoh dalam edisi kali ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Azmeer Ahmad Rashid Ahmad

Sementara itu, Azmeer Ahmad Rashid Ahmad, 32, berkata, agak mustahil untuk melihat Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Dunia namun, segala-galanya boleh terjadi sekiranya pengelola bola sepak di Malaysia berani membuat perubahan besar.

“Kita ambil contoh mudah, dalam soal perlawanan persahabatan, Kita perlu berani untuk menentang pasukan yang berada di ranking yang lebih tinggi dan bukannya berbangga apabila menang dengan pasukan lebih rendah daripada kita.

“Saya percaya, jika Malaysia layak ke Piala Dunia, ia akan menjadi detik paling bersejarah dan akan dikenang sampai bila-bila selain menjadi pembakar semangat pemain akar umbi untuk memastikan kita mengekalkan status ke Piala Dunia,” katanya.

Siti Khatijah Hussin

Dalam pada itu, Siti Khatijah Hussin, 26, berkata, semua rakyat Malaysia berharap dan ternanti-nanti bila skuad Harimau Malaya akan layak ke Piala Dunia dan dia percaya saat itu akan tiba tidak lama lagi berdasarkan peningkatan mutu permainan semasa pasukan kebangsaan.

“Kita semua memang tertunggu-tunggu, mungkin perlu ada perubahan dalam sistem pembangunan pemain muda yang lebih holistik. Sekarang kita boleh lihat ada perubahan ketara Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan Gon dan kita harap ia berterusan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya