RTM siar perlawanan Malaysia-Vietnam malam ini

RTM siar perlawanan Malaysia-Vietnam malam ini

PEMINAT bola sepak tanah air kini boleh menonton semua aksi Harimau Malaya pada Piala AFF di RTM bermula hari ini sehingga final.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berita baik buat peminat bola sepak negara. Perlawanan Piala AFF antara Malaysia menentang Vietnam yang berlangsung di Hanoi pada pukul 8.30 malam ini akan disiarakan secara langsung di RTM.

Tidak hanya perlawanan hari ini, malah Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, RTM akan menyiarkan kejohanan yang dianggap ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu sehingga perlawanan akhir pada 16 Januari depan.

“Saya mengambil maklum bahawa ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF disiar di saluran RTM.

“Saya juga telah berbincang dengan Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut mencadangkan perkara yang sama.

AHMAD FAHMI MOHAMED FADZIL

“Oleh itu, sukacita saya maklumkan bahawa saluran RTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF mulai 27 Disember 2022 (malam ini) sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, peminat boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.

“Siaran oleh RTM ini adalah siaran tidak berbayar (free to air – FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya