Rekod kebangsaaan 33 tahun lontar peluru akhirnya dipecahkan

Rekod kebangsaaan 33 tahun lontar peluru akhirnya lebur

Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Nani Syahirah lakar sejarah meraih pingat emas Kejohanan Olahraga Grand Final IPT 2020 di Bukit Jalil, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Nani Sahirah Maryata melakar sejarah pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Grand Final Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil hari ini  apabila meleburkan rekod lontar peluru wanita kebangsaan yang sudah pun berusia 33 tahun.

Nani Sahirah, 21, mencipta sensasi itu apabila membuat lontaran sejauh 14.48 meter (m) untuk memadam catatan lama kebangsaan iaitu 14.41m yang dilakukan oleh Lee Chiew Har di Kuala Lumpur pada 1989.

Pingat perak dan gangsa acara itu dimenangi dua lagi atlet UPM iaitu Nurul Ainin Syauqina M. Nor Azahar (12.21m) serta Queenie Ting (12.20m).

Atlet dari Kuantan, Pahang itu langsung tidak menjangka mampu memecahkan rekod kebangsaan walaupun sudah menanam impian untuk melakukannya sejak tiga tahun lalu.

“Saya ada lihat rekod sebelum ini dan memang berhasrat untuk memecahkannya. Ambil masa dalam dua tiga tahun juga dan akhirnya saya dapat memecahkan rekod itu.

“Memang tidak percaya, masih seperti mimpi kerana saya tak pernah buat jarak 14m pun sebelum ini. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada jurulatih, ibu bapa dan rakan yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Kejayaan memperbaharui rekod kebangsaan itu menyaksikan Nani Sahirah menerima durian runtuh apabila menerima insentif sebanyak RM3,000 daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Menariknya, ia turut melayakkannya ke Sukan SEA Kemboja 2023 dalam kategori A kerana catatan itu telah mengatasi jarak 12.51m dilakukan atlet Thailand, Athima Saowaphaiboon yang meraih gangsa di Hanoi tahun ini.

Setakat ini, dua rekod Malaysia telah berjaya dipecahkan pada kejohanan itu selepas Queenie Ting mencipta catatan baharu kebangsaan dalam acara lempar cakera dengan jarak 52.77m.

Malah, sebanyak 14 rekod baharu kejohanan termasuk dua rekod kebangsaan itu juga berjaya dipahat selama tiga hari kejohanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya