Queenie pecah rekod kebangsaan sekali lagi

Queenie Ting bergambar bersama rekod baharu kebangsaan yang dilakukan di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil. - IHSAN KPT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Queenie Ting meraih hadiah paling sempurna sebelum menutup musim 2022 apabila memecah rekod lempar cakera wanita kebangsaan miliknya sendiri dalam Kejohanan Olahraga Grand Final Institusi Pengajian Tinggi (IPT), hari ini.

Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) itu catatan 52.77 meter (m) untuk muncul juara, sekali gus memadam rekod kebangsaan yang dipegangnya sebelum ini iaitu 52.36m.

Kejayaan Queenie, 24, memberi suntikan semangat buatnya untuk memburu tiket secara merit ke Sukan Asia Hongzhou, September tahun depan.

Tempat kedua milik atlet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Nur Atiqah Sufiah Md. Hanizam (42.82m) dan Nani Sahirah Maryata dari UPM di kedudukan ketiga dengan catatan 37.49m.

Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil itu, Kamal Farhan Rahman dari UPM mengungguli acara lontar peluru kategori lelaki podium selepas melakukan catatan 14.43 m.

Kejayaan Queenie itu memberi suntikan semangat untuk atlet berusia 24 tahun itu memburu tiket layak secara merit ke temasya Sukan Asia Hongzhou, September tahun depan.

UPM turut mengusasi acara 110m lari berpagar lelaki podium apabila Mohd. Rizzua Haizad Muhamad dan Benedict Ian Gawok menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua dengan catatan 14.50s dan 14.78s, manakala atlet UPSI, Muhammad Ridzwan Ridal di tempat ketiga (15.05s)

Dalam saingan 100m lari berpagar wanita, Nur Atikah Azman yang mewakili UPSI meraih emas dengan catatan 15.41s, manakala Juriani Mad Rodzi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ezla Joanes (Universiti Malaysia Sabah) di tempat kedua dan ketiga.

Acara lompat jauh kategori lelaki elit pula dimenangi Muhammad Aniq Md Ramli dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan lompatan 6.64m. Muhammad Danial Hasif Ramli (UPSI) dan Aznur Bahrudin (UTM) masing-masing meraih perak serta gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya