Portugal pecat Fernando Santos

Portugal pecat Fernando Santos

FERNANDO SANTOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Portugal memecat pengurus pasukan, Fernando Santos ekoran penyingkiran mereka pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

Santos menjadi tajuk utama selepas menggugurkan bintang besar, Cristiano Ronaldo daripada kesebelasan utama pada perlawanan 16 terakhir menentang Switzerland, tetapi keputusannya terbukti memberi inspirasi apabila pengganti Goncalo Ramos mencipta hatrik dalam kemenangan 6-1.

Begitupun Portugal menjadi mangsa kejutan Maghribi pada suku akhir apabila tumpas 0-1.

FERNANDO Santos merehatkan Ronaldo di bangku simpanan ketika menentang Switzerland.

Santos membimbing Portugal merangkul kejuaraan Eropah (Euro) 2016 di Perancis, satu-satunya trofi antarabangsa utama negaranya, selain memenangi gelaran sulung Liga Negara-Negara UEFA pada 2019.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) berkata, ia adalah ‘saat yang tepat’ untuk memulakan kitaran baharu.

“FPF mengucapkan terima kasih kepada Fernando Santos dan pasukan teknikalnya atas perkhidmatan yang diberikan selama lapan tahun yang unik. Kami percaya, seluruh rakyat Portugal juga berterima kasih kepada mereka.

“Lembaga FPF kini akan memulakan proses memilih jurulatih kebangsaan seterusnya,” tulis kenyataan itu.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya