Piala Dunia sudah pun milik Messi

Piala Dunia sudah pun milik Messi

KEADAAN di Obelisk, Buenos Aires di mana ribuan penyokong Argentina berkumpul untuk menonton perlawanan pasukan mereka pada separuh akhir Piala Dunia 2022 menerusi skrin gergasi. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Suasana pesta dirasai di setiap pelosok Buenos Aires semalam apabila Lionel Messi menjadi inspirasi Argentina untuk mengalahkan Croatia 3-0 pada separuh akhir Piala Dunia 2022.

Ribuan penyokong membanjiri setiap ruang jalanan di ibu negara sejurus tamat perlawanan, dengan orang ramai mengibarkan bendera sambil menari dan menyanyi atas kejayaan pasukan mereka mara ke pentas akhir.

Setiap ruang awam terma­suk kafe dan restoran dipenuhi penyokong tempatan yang menanti penuh debar menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi menerusi tayangan skrin gergasi.

“Saya bagaikan dalam ­kha­yalan. Ini kali pertama saya lihat Argentina tidak ‘tersiksa’, ini juga kali pertama saya mampu menikmati perlawanan dari mula sehingga tamat wisel permainan,” kata seorang penyokong, Emiliano Adam.

Seorang lagi penyokong, Laila Desmery, 27 menyifatkan kegembiraan ini akan bertahan untuk beberapa hari sehingga hari perlawanan akhir.

“Kami semua amat teruja, sudah sekian lama kami tidak merasai kegembiraan begini, ia sesuatu yang indah,” jelas Desmery.

Akhbar Sepanyol, La Vanguardia merasakan ini peluang terbaik Messi untuk mengikut jejak langkah ­legenda, Diego Maradona.

“Messi bakal mempunyai satu lagi peluang pada Ahad untuk menoktahkan penantian lamanya, menamatkan misinya menjulang Piala Dunia untuk meletakkan dirinya setaraf dengan Maradona,” jelas akhbar tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya