Pertembungan akhir dua pasukan ‘kayangan’

Pertembungan akhir dua pasukan ‘kayangan’

PERTAHANAN Perancis, Theo Hernandez (depan) meraikan jaringan pembukaan pasukannya ketika menumpaskan Maghribi 2-0 di Stadium Al Bayt, Al Khor semalam, sekali gus menempah pertemuan akhir Piala Dunia 2022 menentang Argentina, Ahad ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AL KHOR: Jika Lionel Messi menjadi inspirasi Argentina untuk memburu trofi Piala Dunia ketiga, Perancis pula sedia membuat kejutan memanggil Karim Benzema bagi memenuhi misi memahat sejarah sebagai pasukan pertama mempertahankan gelaran selepas Brazil (1958 dan 1962).

Biarpun ramai peminat bola sepak di Afrika, Asia, negara Arab serta negara Islam mengharapkan Maghribi akan ke final, namun mereka juga menerima hakikat bahawa Perancis lawan paling layak bertemu Argentina Ahad ini kerana ia ibarat pertembungan golongan ‘kayangan’.

Dalam aksi di Stadium Al Bayt semalam, Theo Hernandez dan Randal Muani memastikan kemaraan Les Bleus dengan meledak gol kemenangan, menumpaskan Maghribi 2-0.

Ada tiga perkara menjadikan pertembu­ngan menentang Argentina amat menarik dan paling epik dalam sejarah Piala Dunia.

PERTEMBUNGAN Argentina-Perancis ibarat ‘buku bertemu ruas’.

Pertama, kedua-dua pasukan menampilkan dua penjaring terbanyak kejohanan ketika ini – Messi dan Kylian Mbappe yang masing-masing sudah mengumpul lima gol. Bermakna, kedua-duanya akan bersaing untuk Kasut Emas.

Kedua, Argentina dan Perancis masing-masing memburu gelaran dunia ketiga. Jika skuad La Albiceleste menang pada 1978 dan 1986, Les Bleus pula muncul juara 1998 serta 2018.

Paling menarik, pertembungan ini menampilkan gergasi dua benua terkuat dalam sejarah bola sepak. Argentina menggalas cabaran peminat Amerika Selatan, manakala Perancis membawa harapan Eropah bersama mereka.

Kepulangan Benzema, penjaring terba­nyak Perancis yang sudah pulih daripada kecederaan bakal menjadikan final, Ahad ini lebih mengujakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya