Perdebatan siapa pemain terhebat sudah berakhir, Messi 'GOAT'

Perdebatan siapa pemain terhebat sudah berakhir, Messi ‘GOAT’

LIONEL Messi (tengah) menjulang Piala Dunia bersama rakan-rakan sepasukan selepas Argentina menumpaskan Perancis dalam final di Doha.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Bintang tengah Argentina, Alexis Mac Allister percaya, Lionel Messi adalah pendorong utama kejayaan mereka menjulang Piala Dunia 2022, sambil menyifatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.

Messi, 35, meledak dua gol dalam perlawanan akhir yang penuh dramatik dan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas 120 minit permainan berakhir 3-3.

Dia meledak gol dalam setiap pusingan pada Piala Dunia untuk menjadi inspirasi kepada Argentina menamatkan penantian 36 tahun sejak kali terakhir muncul juara pada 1986. Ini juga kejuaraan ketiga negara itu selepas menang kali pertama pada 1978.

Messi kemudian dinobat sebagai pemenang Bola Emas iaitu pemain terbaik Piala Dunia 2022, malah dia memahat rekod membuat 26 penampilan dalam kejohanan bola sepak terulang dunia itu.

Setelah menambah trofi Piala Dunia dalam  koleksinya, Mac Allister percaya, perdebatan mengenai siapa pemain terhebat sepanjang zaman (GOAT) telah berakhir.

“Ia sentiasa memihak Messi.

“Saya fikir, dia pemain terbaik di dunia, pemain terbaik sepanjang zaman. Dia hebat, dia seorang pemain yang sangat bagus, sentiasa merendah diri.

“Dia mempunyai segala-galanya untuk menjadi pemain terbaik dalam sejarah. Sungguh mengagumkan untuk berkongsi bilik persalinan dengannya dan ia satu penghormatan,” kata Mac Allister.

Pemain Brighton itu turut memuji penjaga gol, Emiliano Martinez yang cemerlang pada masa tambahan sebelum menafikan percubaan Randal Kolo Muani dan Kingsley Coman dalam penentuan penalti.

Ia bukan kali pertama penjaga gol Aston Villa itu muncul wira pasukannya selepas dia sebelum ini turut menafikan dua percubaan Belanda dalam penentuan sepakan penalti.

“Emi melakukannya dengan sangat baik, dia seorang penjaga gol yang menakjubkan, dia banyak membantu kami semasa kejohanan ini.

“Saya sangat gembira untuknya dan sangat gembira untuk negara dan untuk pasukan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya