Penyu dapat ‘senjata’ Croatia

Penyu dapat ‘senjata’ Croatia

BSK Bijelo Brdo mengesahkan Domagoj Pusic akan menyertai Terengganu FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Persiapan Te­rengganu FC (TFC) menghadapi saingan musim baharu semakin rancak apabila dilaporkan telah mendapatkan khidmat pemain tengah berasal Croatia, Domagoj Pusic.

Perkara itu disahkan oleh kelab diwakilinya, BSK Bijelo Brdo yang beraksi dalam Divisyen 2 Liga Croatia menerusi hantaran di media sosial rasmi mereka, kelmarin.

“Selepas setengah musim bersama, Pusic akan mening­galkan pasukan ini. Beliau bakal meneruskan karier bola sepak bersama kelab Liga Malaysia, Terengganu.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih atas sumbangan Pusic kepada BSK dan semoga memperoleh kejayaan dengan kelab baharu nanti,” kata ke­nyataan itu semalam.

Pusic, 31, yang turut boleh beraksi di posisi bek tengah membuat 18 penampilan mu­sim ini dan menjaringkan satu gol dalam saingan liga ketika BSK seri 1-1 dengan NK Vukovar, 27 Ogos lalu.

Bekas pemain remaja kebangsaan Croatia itu memulakan karier bersama NK Osijek pada 2008 sebelum berkelana ke kelab Lithuania, FC Suduva dan kelab Bosnia, Zrinjski Mostar pada 2021.

NK Osijek dan BSK Bijelo Brdo merupakan bekas kelab yang dilatih pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner dari awal pembabitan kejurulatihannya sehingga tahun lalu.

Sementara itu, turut dikaitkan dengan TFC adalah bek te­ngah, Sardor Kulmatov, 28, yang beraksi untuk FC Sogdiana dalam liga utama Uzbekistan serta penyerang, Ivan Mamut.

TFC yang berwajah baharu musim depan sebelum ini membawa masuk pemain sayap, Sony Norde dan penye­rang Thailand, Adisak Kraison selain turut mengekalkan khidmat Habib Haroon.

Kehadiran Pusic, Kulmatov dan Mamut dijangka menambah variasi permainan Sang Penyu dengan kelab Liga Super dibenarkan mendaftar sehingga sembilan awang import untuk saingan 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya