Peminat Malaysia ‘kenakan’ Sato di Wikipedia

Peminat Malaysia ‘kenakan’ Sato di Wikipedia

BUAT kali kedua tahun ini, Ryuji Sato membuat keputusan kontroversi melibatkan perlawanan Malaysia-Vietnam selepas melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad, selain menghadiahkan penalti Vietnam pada aksi Piala AFF di Hanoi kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun sudah meminta maaf secara terbuka atas prestasi buruknya ketika mengendalikan aksi Harimau Malaya-Vietnam, Selasa lalu, namun pengadil Jepun, Ryuji Sato masih tidak dimaafkan sepenuhnya oleh peminat Malaysia.

Semalam, peminat bola sepak negara yang masih kecewa ­pengadil berusia 45 tahun itu bertindak menyunting laman Wikipedia milik Sato.

“Dia pernah mengadili banyak perlawanan dalam Liga Juara-Juara AFC dan kelayakan Piala Dunia FIFA di peringkat antarabangsa.

“Dia juga pengadil dalam Liga J Divisyen Satu di Jepun. Dia juga mabuk, buta, pengadil bodoh yang minum 10 liter sake setiap saat serta dibayar oleh Persekutuan Bola Sepak Vietnam dan Kerajaan Vietnam,” itu antara yang ditulis.

Bagaimanapun profil tersebut diubah semula ke asal tidak lama kemudian, dan semua maklumat ‘palsu’ yang disengaja direka penyokong bola sepak Malaysia telah dipadam.

Selasa lalu, Sato menimbulkan kemarahan penyokong Harimau Malaya dalam aksi Piala AFF di Hanoi kerana melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad serta memberi sepakan penalti kepada Vietnam dalam perlawanan yang berkesudahan tuan rumah menang 3-0.

Dalam insiden pertama, Azam dilihat ditolak pemain lawan, Nguyen Van Hau menyebabkan kedua-duanya terjatuh di luar padang.

Bukan sahaja tidak ­me­­ngenakan tindakan ­ter­hadap Van Hau, Sato malah memberi penalti kepada tuan rumah pada minit ke-62 kerana mendakwa Azam mengasari lawan ketika cuba bangun.

Tidak tahan diserang secara ‘berjemaah’, Sato kemudian meminta maaf kepada penyokong Harimau Malaya dan minta tidak diserang lagi.

“Saya menerima banyak DM (mesej) daripada peminat Malaysia mengenai keputusan saya malam semalam (kelmarin).

“Saya telah menerima panggilan daripada presiden Persa­tuan Pengadil FIFA dan mereka akan membuat keputusan me­ngenai prestasi saya dalam perlawanan tersebut.

“Saya mohon maaf kepada seluruh penyokong Malaysia, saya mohon jangan serang akaun peribadi Instagram saya, kerana saya ada keluarga yang baca semua komen buruk yang dilontarkan,” kata Sato menerusi akaun Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya