Pemain hoki negara terima insentif RM300,000

Pemain hoki negara terima insentif RM300,000

BARISAN pemain hoki kebangsaan menerima insentif atas beberapa kejayaan yang dilakar sepanjang 2022. - IHSAN MHC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa pencapaian cemerlang yang diraih skuad hoki negara tahun ini membolehkan pemain menerima penghargaan daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) hari ini.

Hari ini, MHC memberi insentif keseluruhan RM300,000 kepada skuad hoki lelaki yang menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama di Ipoh, bulan lalu selain menjadi naib juara Piala Asia 2022 di Jakarta, Jun lalu.

Turut menerima insentif pasukan hoki dalam dewan lelaki dan wanita yang meraih tempat pertama dan ketiga dalam Piala Asia 2022 di Bangkok, Ogos lalu.

“Ini hanyalah sumbangan yang MHC mampu beri kepada pemain-pemain kita yang telah mengharumkan nama negara. Kalau ada banyak kita akan beri lebih.

“Ini janji kami kepada pemain Walaupun insentif ini tidak banyak berbanding apa yang diberi beberapa persatuan sukan lain

“Jadi saya selalu peringatkan pemain untuk sentiasa beraksi dengan lebih baik di mana-mana kejohanan sulaya lebih banyak tajaan akan masuk ke MHC,” kata Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal dalam majlis pemberian insentif di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Dalam masa sama, Subahan sekali lagi menagih perhatian kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan untuk memberikan perhatian lebih buat skuad kebangsaan khususnya dari segi dana kewangan bagi membolehkan mereka merangka program yang lebih efisien. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya