Nova akui hatinya terbuka sertai BAM kerana Rexy Mainaky

Nova akui hatinya terbuka sertai BAM kerana Rexy Mainaky

KEHADIRAN juara dunia dua kali, Nova Widianto membawa elemen positif dalam skuad badminton Malaysia menjelang Olimpik 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih baharu beregu campuran negara, Nova Widianto mendedahkan sebab utama dia bersetuju untuk menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah atas dasar kepercayaan diberikan Pengarah Kejurulatihan negara, Rexy Mainaky terhadap dirinya.

Perbincangan untuk membawa masuk Nova ke dalam kem kebangsaan sudah pun dilakukan sejak Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun Ogos lalu, bagaimana jurulatih berusia 45 tahun meminta untuk diberikan waktu bagi membuat pertimbangan tawaran yang dikemukakan BAM.

Nova juga turut menafikan dia merajuk atau berkecil hati dengan situasi badminton di Indonesia sehingga membuat keputusan berhijrah, sebaliknya mahu mencari pengalaman baru selepas 11 tahun menabur bakti di sana.

“Saya juga lihat bakat yang ada di Malaysia banyak yang bagus, jadi apabila Rexy menghubungi saya bagi mengemukakan tawaran melatih skuad Malaysia, saya meminta tempoh sehingga akhir tahun, saya memang tidak berfikir panjang apabila yang menawarkan tawaran  itu adalah dari Rexy.

“Faktor utamanya adalah sebab Rexy, saya percaya dia, dan dia pula percayakan, jadi itu amat penting untuk saya.

“Saya tidak pernah lihat media sosial, jadi ini bukan sebab merajuk atau apa, cuma ini soal pilihan, dan tawaran yang hadir kepada saya, jadi bukan sebab merajuk,” jelas Nova yang ditemui ketika tiba di Lapangan Antarabangsa Sepang (KLIA) hari ini.

Nova bakal menyambung kembali tugas yang ditinggalkan Paulus Firman untuk membentuk kembali skuad beregu campuran negara yang ampuh.

Bekas juara dunia dua kali itu juga akan bersama Malaysia selama dua tahun bagi membantu pemain beregu campuran negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya tidak masih tidak tahu apakah sasaran yang akan ditetapkan kepada saya, mungkin selepas bertemu dengan Rexy dan mendapat taklimat rapi baru saya akan mendapat gamabran jelas.

“Esok mungkin saya akan dibawa ke BAM untuk melihat dan bersuai kenal dengan pemain terlebih dahulu,” tambah Nova.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya