Neymar enggan fikir masa depan, Brazil sedang 'berkabung'

Neymar enggan fikir masa depan, Brazil sedang ‘berkabung’

NEYMAR tidak mampu menahan kecewa selepas Brazil tersigkir dari Piala Dunia 2022 selepas kalah menerusi penentuan sepakan penalti kepada Croatia di Stadium Education City, Al-Rayyan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Neymar memerlukan masa untuk ‘berkabung’ selepas penyingkiran Brazil dari Piala Dunia 2022, dan enggan memikirkan mengenai masa depannya di pentas antarabangsa.

Brazil, pilihan utama untuk membawa pulang Piala Dunia buat kali keenam disingkirkan oleh naib juara empat tahun lalu, Croatia menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas aksi suku akhir di Stadium Education City awal pagi tadi berkesudahan 1-1.

Neymar membuka tirai jaringan dengan gol cantik pada pertengahan masa tambahan, sekali gus membolehkannya menyamai rekod legenda Brazil, Pele dengan meledak 77 gol buat negara.

Begitupun, Bruno Petkovic menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki tiga minit, sebelum Rodrygo dan Marquinhos gagal menyempurnakan sepakan penalti.

ANAK bintang Croatia, Ivan Perisic, Leo, berlari untuk memujuk Neymar selepas tamat perlawanan.

“Perasaan sekarang sangat teruk. Hari ini lebih teruk daripada apa yang berlaku pada masa lalu.

“Malangnya, sukar untuk mencari perkataan bagi menggambarkan detik ini. Kami mencuba, kami berjuang, dan saya bangga dengan semua rakan sepasukan saya.

“Saya bangga dengan keperibadian mereka, mengambil penalti, watak mereka, kerana bukan mudah untuk memikul tanggungjawab itu.

“Bukan sahaja dia, tetapi kami semua akan belajar daripada kekalahan ini. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku mulai sekarang dalam pasukan Brazil tetapi kini tiba masanya untuk berkabung,” kata penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya