MUNICH: Malang terus menimpa penjaga gol Jerman, Manuel Neur apabila patah kaki semasa melakukan aktiviti ski ketika dalam percutian selepas tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022.
Pemain berusia 36 tahun itu adalah antara tonggak utama di gawang Die Manschaft di Qatar yang menyaksikan mereka terkandas di peringkat kumpulan untuk dua edisi Piala Dunia berturut-turut.
Sejurus kekalahan memalukan tersebut, penggendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann memberikan cuti tambahan buat Neuer dan beberapa lagi pemain kelab berkenaan sebelum kembali melapor diri semula kepada kelab, namun kecederaan serius dialami penjaga gol tersebut menyaksikan dia kini akan berehat panjang sehingga penghujung musim.
Bulan lalu, Neuer membuat pendedahan mengejutkan apabila menderita daripa kanser kulit dan telah pun menjalani pembedahan sebanyak tiga kali bagi merawat penyakitnya itu.
Sehingga kini parut daripada kanser tersebut masih jelas kelihatan di beberapa kawasan mukannya.
Ketiadaa Neuer bakal memberikan kesan buat Bayern Munich yang kini memimpin carta Bundesliga dengan kelebihan empat mata sahaja berbanding pencabarnya, SC Freiburg yang mengumpul keseluruhan 30 mata.
Saingan Bundesliga akan kembali bersambung Januari hadapan dengan Bayern Munich akan berentap dengan RB Leipzig.