Musim 2023 tentukan survival 7 pemandu F1

Musim 2023 tentukan survival 7 pemandu F1

Musim 2023 bakal menjadi penentu hala tuju beberapa pelumba F1.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton antara tujuh pemandu yang berdepan masa depan tidak menentu dalam perlumbaan Formula Satu (F1) dengan kontraknya bakal tamat 12 bulan dari sekarang.

Selepas mengharungi musim ‘malang’ 2022 yang tidak mahu dikenang, beberapa pemandu, termasuk jaguh Britain itu ­hanya menandatangani kontrak jangka pendek.

Hamilton, 37, yang pada mulanya mahu bersara di peng­hujung 2023 bersedia memba­talkan hasrat tersebut dengan menandatangani perjanjian baharu bersama

Mercedes, sekali gus mengekalkannya sehingga sambutan hari lahir ke-40.

Begitupun, nasib Hamilton dan enam pelumba lain yang akan tamat kontrak hujung tahun depan bergantung kepada prestasi mereka sepanjang musim yang mencabar.

Lewis Hamilton
(Britain, Mercedes)

Kontrak baharu bersama Mercedes sekadar formaliti memandangkan kedua-dua pihak telah menyatakan secara terbuka untuk menyambung perjanjian, namun berapa lama Hamilton akan kekal dalam F1 bergantung kepada sejauh mana daya ­saing pelumba Britain itu.

Nico Hulkenberg
(Jerman, Haas)

Salah satu kejutan besar musim ini adalah apabila pelumba Jerman ini kembali ke grid selepas tidak beraksi sejak 2019. Hulkenberg masih memiliki keinginan kuat, namun kepulangannya tidak begitu baik apabila menamatkan kempen di tangga tercorot tanpa mata.

Kevin Magnussen
(Denmark, Haas)

Perubahan paling tidak ­disangka pada 2022 adalah melihat Magnussen kembali bersama pasukan lamanya hanya beberapa minggu sebelum musim bermula, bagi menggantikan Nikita Mazepin. Dia menduduki tangga kelima dalam penampilan sulung tetapi Magnussen perlu mengekalkan rentak jika mahu menyambung kontrak pada musim seterusnya.

Logan Sargeat
(Amerika Syarikat, Williams)

Sargeat dijangka berdepan tugas sukar pada 2023 kerana menjadi warga Amerika Syarikat pertama berada dalam perlumbaan F1 sejak 15 tahun lalu, malah pasukannya juga masih tidak mempunyai prinsipal ekoran pemergian mengejut Jost Capito.

Yuki Tsunoda
(Jepun, AlphaTauri)

Tsunoda mengakui, dia sendiri terkejut diberi peluang berlumba untuk musim kedua tahun ini selepas melakukan banyak kesilapan dalam musim pertamanya tahun lalu. Bermakna, tahun 2023 akan menjadi penentu kepada pemandu muda Jepun berusia 22 tahun jika mahu kekal pada 2024.

Nyck de Vries
(Belanda, AlphaTauri)

AlphaTauri tidak pernah menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemandunya, tidak terkecuali dengan Nyck de Vries. Prestasi 2023 akan menentukan hala tuju pelumba Belanda itu.

Zhou Guanyu
(China, Alfa Romeo)

Biarpun hanya mengutip enam mata dalam penampilan pertamanya pada 2022, namun pemandu China ini boleh dianggap bernasib malang kerana tidak diberikan kereta yang berdaya saing. Tidak adil untuk menilai kemampuan sebenar Zhou apabila keretanya sering membuat hal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya